Jom jadi Sabahan!

August 27, 2015




Thanks mr.google for the picture

Hi assalamualaikum. Since i have a lot of friends from semenanjung malaysia, i want to share some sabahan words here. At least you guys have an idea on how to speak in bahasa sabah and does not sound like an indonesian. haha

So, let's get started! 

1. Aisbuk = peti ais
Jap ah sa simpan dulu buah ni dalam aisbuk.
Sekejap ye saya simpan dulu buah ni dalam peti ais.

2. Bangas = basi
Bangas ka suda nasi ni?
Basi dah ke nasi ni? 

3. Bida = Buruk
Bidanya tulisan sa. 
Buruknya tulisan saya.

4. Bilang = cakap 
Siapa bilang? 
Siapa cakap?

5. Bubut = Kejar
Jom main bubut bubut kita.
Jom main kejar kejar kita.

6. Buyuk = main tipu 
Buyuk bah ko ni! 
Main tipulah awak ni! 

7. Jerak = serik
Inda pandai jerak oh kau ni kan.
Tak pandai seriklah awak ni. 

8. Kasi tau = beritahu
Kasi tau kalau mau jalan sudah kamu ah.
Beritahu ye kalau nak jalan dah.

9. Limpang = baring
Sioknya ni kalau limpang sini ni.
Seronoknya kalau baring kat sini ni.

10. Limpas = lalu
Limpas kejap boleh ka? 
Lalu kejap boleh tak? 

11. Miring = senget
Macam miring tu gambar sa tinguk.
Macam senget je gambar tu aku tengok. 

12. Sandi = teruk
Sandi betul ekonomi negara sekarang ni.
Teruknya ekonomi negara sekarang ni.

13. Siring = tepi
Tolong bah letak pensel ni siring buku tu.
Tolong letak pensel ni tepi buku tu.

14. Sungkai = buka puasa
Pukul berapa ah sungkai hari ni?
Jam berapa ye buka puasa hari ni?

15. Tapuk = sorok/sembunyi
Jangan kau tapuk ah duit aku.
Jangan awak sembunyikan duit saya.

I hope this entry can help you to understand some sabahan words. What are you waiting for? Use these words when you speak with your sabahan friends and make them impressed with you! haha!

I think that's all for today. Wait for the next session!

Xoxo, keksha.

You Might Also Like

1 comments

  1. lolz sungkai tu nama tempat yg saya pernah tinggal dulu XD

    ReplyDelete