Dr.S

July 01, 2015

Assalamualaikum.
Orang sepatutnya sekarang ni study, tapi saya rajin pula tetiba mau tulis entry baru. Kahkahkah. 
Back to topic, Dr.S ? Hari ni saya mau kongsi sikit kecelaruan minda yang saya alami lebih kurang selama setahun okay. Ceritanya bermula begini, waktu saya sekolah rendah, saya pasang niat dalam diri mahu jadi doktor perubatan. Serius, dari saya darjah 1 lagi. Hah boleh bayangkan? Dari saya berumur 7 tahun uols.

Lepas tu masuk sekolah menengah, saya diterima masuk ke MRSM Kota Kinabalu. Biasalah, sekolah berasrama penuh. Sains pula tu. Pengaruh untuk pilihan pekerjaan macam terhad. Antara doktor dan engineer. Tapi saya ni ngong sikit, otak selalu fikir, "Doktor biasanya untuk perempuan, engineer lelaki" nampakkan disitu? Padahal tidak pun hahaha

Masuk tingkatan 4, saya lost sikit. Tiba-tiba tidak tahu mahu sambung apa nanti di Universiti. Pernah terfikir mahu jadi cikgulah, engineerlah, businesswomanlah. Adeh pening. Sampai satu saat, isteri cikgu saya buat ceramah di maktab pasal Quantity Surveyor. Dia cerita dari A--Z. Saya pun apalagi, berminatlah mahu ambil QS. Sudah ada orang cerita pengalaman, memang macam best. Lagipun saya ni jenis yang outdoor sikit. Hahaha

MARA ada bagi pilihan mahu ambil apa ikut kelayakan. Saya pun pilihlah QS. Syukur dapat QS di Taylor's Uni tapi masalahnya ibu bapa saya yang tiba-tiba tukar fikiran mahu saya ambil perubatan. Melayanglah kos QS. Sedih tahu saya waktu tu. Sebab kenapa tidak pilih bidang perubatan awal-awalkan.

Tibalah bulan jun. Waktu tu saya di UiTM Puncak Alam, Kawan saya yang sedang belajar di Lincoln Uni. Col bagitau ada kekosongan untuk kos pergigian. Saya pun dengan hati terbuka (ceh) menerima tawaran tersebut. Excited jugalah sebab MARA kan. Hahaha.

Study punya study, bincang punya bincang, bapa saya mahu saya ambil medik. Saya mula-mula rasa keberatan, tapi bila fikir balik, betapa besarnya pengorbanan ibu bapa saya untuk saya, bila lagi saya mahu balas kan? Inilah salah satu caranya. Saya solat istikharah dan akhirnya, membuat keputusan walau apapun terjadi, insyaallah segulung ijazah perubatan akan saya genggam. Amin. Doakan saya ya semua :)

Insyaallah dengan niat yang baik mahu tolong orang ramai..... I am a doctor to be.

thanks google for the picture!

adios. Xoxo, Keksha.
Assalamualaikum

You Might Also Like

0 comments