A place to visit.

May 15, 2014


Assalamualaikum. Hai hai hai. So entry hari ni pasal, tempat untuk dilawati. My bucket list gittew. Actually banyak lagi tempat yang aku mahu lawat tapi tempat-tempat yang akan aku nyatakan ni lagi apa orang bilang, lagi berabis mahu pergi (hahaha sorry bahasa sabah). And the most important thing is, I will go with my forever bae(husband) hahaha insyaallah.

Tempat pertama yang aku mahu betul pergi, tanah suci Mekah. Menunaikan fardhu Haji ke baitullah ni kan rukun kelima dalam rukun Islam. Insyaallah aku mahu pergi menunaikan haji dengan orang yang aku sayang. Ya Allah tak sabar mahu menjejakkan kaki ke Mekah. Kalau belum ada rezeki untuk tunaikan haji, tidak rugi rasanya kalau keluarkan sikit duit untuk menunaikan umrah. Insyaallah.

Tempat seterusnya ialah Jepun! Hahaha. Ada apa dengan Jepun? Actually, time form 4 sekolah aku ada buat UNGA dan aku dapat negara Jepun. Dalam UNGA tu, kumpulan aku dapat *drum roll* overall! Which is pemenang keseluruhan. Hebat juga kami haha. So why not aku berpijak di bumi matahari terbit kan? Negara yang kami wakilkan time UNGA. Mahu rasa pakai kimono lagi sekali ah haha. Lagipun mau tengok bunga sakura dengan mata aku sendiri. Insyaallah dipermudahkan.

Seterusnya ialah London! Wuu mau pergi London Bridge, iaitu jambatan yang merintangi the River Thames yang menghubungkan bandar London dan Southwark di central London. Dan.... Banyak lagi tempat mahu dilawati di London ni. Malaslah mau mention satu-satu! Haha!

Last but not least, Paris! Ya Allah Paris! Aku mahu betul pergi paris. Paris ni pasti akan jadi tempat pertama bulan madu aku nanti. Mahu tengok menara eiffel depan-depan. Ambil gambar dengan suami depan eiffel tower! Ouch romantiknya! Haha! Selain itu, yang bestnya Paris ni, shopping! Wuu mesti sedia duit banyak-banyaklah ni haha.. Baru best shopping.

Sampai sini sahajalah dulu entry aku kali ni. Hehe.. Bye assalamualaikum.

xoxo, shazzy.

You Might Also Like

0 comments