February 18, 2014

My forever sweet friends!

Hi Assalamualaikum uols. Hari ni aku mahu share pasal bestfriends aku. Serious talk aku ada raaaaamai friends. But not all of them really know me well. Only my bestfriends yang kenal aku dari hati mereka. Chewahh haha.

Picture credit to Mr.Google


Persahabatan itu sangat indah kalau kita hayati dengan betul-betul. Ya lah. Merekalah yang sentiasa ada bersama kita. Kan? Hehe why am i be too formal. K lantaklah. So today iols nak story-mory dengan uols about my beloved bestfriends! Tepuk tangan semua k merepek. Bah mari kita mula.

Aku mulakan dengan bismillahirahmanirahim. Maaf kalau ada penggunaan bahasa yang buat kamu tersinggung yayayayaya.. Start with my Girls Gilas Gilos ( GGG ), GGG ni ada enam ahli. Aku, Jehan, Syahirah, Hannah, Wani dan Munirah. Kami semua start rapat time tingkatan 4. Time tu awal tahun, Wani ni baru pindah dari MRSM Tawau. Dan masuk bilik dorang Jehan sebab diorang dua ja roomate time tu (Jehan dan Munirah ). Lepas tu tak lama kami pun semakin rapat. Aku ingat lagi. Waktu tu, kami suka stay-stay dekat bilik Jehan di SF10. Bilik dorang tu dekat betul dengan iron board. Kami pun apa lagi, sambung extension masuk ke bilik dorang. Jadilah ada "bekalan elektrik tambahan" di bilik tu. Perkara ni sangat memudahkan kami hahahahaha. Sebab apa? Sebab di situlah kami buat air, masak maggi, on laptop. Tak payah lagi buat di iron board. Kahkahkah nakalnyaaaaa..Dahlah time tu ada senior form 5. Kami tak kisah apa-apa langsung, kan bergerak dalam geng. Hahahaha adoi. Ni lah keburukan ada geng ni. Berani buat salah haha. Ada lagi satu, time ni kalau xsilap bulan puasa. Kami satu geng lambat pergi surau. Kenapa? Al-maklumlah hari ahad. Buka puasa pun di bilik. Hahaha.. Time tu ustazah nordiana masih ada di MRSM Koki. Time tu dia round asrama. pastikan tak ada orang lagi di dalam asrama. Lucu betul i told ya. Sebab time tu ustazah buka pintu bilik dorang Jehan. Bah apa lagi kami, bersembunyi lah. Ada yang belakang pintu, Ada yang sebelah locker. Hahaha.. Lepas ustazah siap round, kami apa lagi, larilah. Part ni lagi lucu, kami lari kaki ayam. Takut ustazah dengar bunyi tapak kaki. Adoi lucu betul. Depan asrama baru pakai kasut. Ketika tingkatan 5, dorang ni especially roomate aku iaitu Munirah, Jehan dan Wani. Bosan sudah dengar aku marah, merajuk, menangis dan mengada. Hahahaha. Biasalah kalau aku sudah tak tahan. Sorry ahh kamu. Aku rindu betul sama princesses-princesses aku ni. Huwaaaaaaaaaa :'(

Next is my Shiro and Jibek ( Geng Surau ). Geng surau? rileks bukan mahu menunjuk yang kami ni alim. Tapi geng surau ni diadaptasikan daripada Group Whatsapp kami. Hahaha.. Group ni terdiri daripada 3 orang yang saaaaaangat comel. Tapi maaf semua taken hihihi. Mereka ialah Fazira Rozzairah Shazira. See? Rarara jaa nama semua di hujung. Kami start rapat time form 5. Sekejap ja kami boleh rapat. Aku rasakan chemistry yang kuat antara kami. Betul.. Aku pun tak sangka boleh in sama dorang ni. Hahaha.. Walaupun semua daripada geng lain-lain but heyyyy geng  lain tak semestinya tak boleh kawan yang lain kan? Kalau aku ada masalah, aku sedih, aku marah, merekalah tempat luahan aku. Mereka dengar aku. Sudahlah rek pandai buat lawak, Ira pula nasihat-nasihat ni terer uols. Biaselah kan BWP. Hahaha sejuk hati aku terus. Tenang. Sama juga sama GGG. Dua-dua ni (GGG dan GS) antara orang-orang yang paaaaaaling aku rapat. Shiro Jibek ni juga team ngep aku. Apa tidaknya, makan ja kerja. Hahaha.. Kegemaran lah tu mcD tu. Ingat lagi time formal dinner, sempat lagi kirim mcD sama Ferkha hahaha. Ya Allah. Orang dinner, kami ada bekalan mcD. Lucu..

Badan Wakil Pelajar 2012/2013 ( Estrellas ). Haaaaaa yang ni pulok team kepimpinan aku. Hahahahaha ada 14 ahli uolsssss.. Farhan, Shazira, Adhwa, Sandra, Fazira, Patricia, Hannah, Amir, Zahid, Iznie, Hayirojoe, Nazlee dan Scallie. Meeting kami biasa habis sampai jam 12. Lepastu, yang bestnya kalau ada acara di dewan mengaris mesti ada makanan extra di tanjung aru. hehehehe.. Kami pun apa lagi pergilah dengan hati yang senang. Hahaha. Rindunyaa.. Aku ingat lagi. Kes malam budaya minggu aktiviti kena batal..... sungguh mengecewakan. Apakan daya, cikgu Nik yang mahu. Hehe.. Aku ingat lagi suatu malam ni, time tu kami cerita-cerita di bilik gerakan. Jam satu sudah. Ada sesuatu berlaku. Memang time tu kalau tak silap ada jatuh barang di bilik gerakan. Alah actually jatuh sebab memang mahu jatuh. Terkejut kami semua. Sampai Joe terlompat. Ya Allah lemah jantung aku. Truthfully i can't breath like usual! Sesak nafas aku. Aku nangis. Aku muntah. Kalau aku lemah semangat time tu mesti........ Ahh lupakan. Sekarang legacy kepimpinan tu ada pada nazlee. Maksud aku yang tingkatan 4 sekarang. Ya lah. Aku harap nazlee dapat pegang jawatan president nanti hehe

My homeroom! Hihi. Homeroom aku ada 1,2,3.....14 ahli juga. Hehe.. Kami sama-sama selama 5 tahun. 5 tahun uols lama gilos. Paling best time outing homeroom pergi kampung thasnim yeay. Hihi. Kota Belud. Kami makan sana, kami pergi sungai kejap tapi sayang hujan. Lepas tu time balik kami singgah 1B jap. Hihi.. Kejap ja setengah jam. Sebab time tu lambat sudah. Time tu bapa homeroom kami Cikgu Nik. Kami ada 3 orang bapa homeroom uols. Cikgu Kamil, Cikgu Muhammad dan Cikgu Nik. Hah Cikgu Nik lah paling latest. Selalu juga kami buat jamuan di rumah Cikgu Nik. BBQ lah. Makan-makanlah haha rindu.. 

My classmates yang sporting gilos. Hmmmm rindu ahhhhh classmates. Oits kelas kami ada neelofa uols. Neelofa kami ni sebenarnya nama sebenarnya ialah salasiah. Kenapa kami panggil neelofa? Sebab neelofa kan dahulu kalanya timbalan presiden Badar mrsm langkawi. If im not mistaken. Samalah juga dengan salasiah. Jawatan yang dipegang tu sama. hihi. tak bermaksud apapa pun cuma sekadar menyakat dia. Hehe. Actually my old classmates and new classmates ni dua-dua sama sahaja. Aku mula rapat dengan classmates aku time tingkatan 5. Serious beb. Aku rindu. Aku rindu prep sampai pukul 5. Aku rindu mahu belajar di meja luar kelas ramai-ramai yang ended up by chit-chat hahahaahah..Yang penting aku rindu semualah. Huhu

Selain itu, ada juga orang yang lain macam sakinah, intan, izzati, iznie, irma, shasha, sherly, farah, naza, ayuni, fera dan raaaamai lagilah. Maaf tidak tersebut nama kamu haha.. I told you guys ahh.. Semua kawan aku cantik-cantik. Insecure berabis ugh haha. Dorang ni caring betul. Sayang betul aku sama dorang. Aku rindu sapaan dorang di maktab. Rindu nak nengok muka mereka hari-hari haha. Btw jangan lupa yayaya this upcoming 27 of Feb. Birthday sakinah! Hihi. 

Merekalah ubat aku di maktab. Time aku sedih ada dorang. Time aku gembira ada dorang. Pokoknya sentiasa bersama-sama aku. Terima kasih sahabat. I really love you guys :')  Let's pray together for our best in spm's result on 20 March! Nervous to the max! Hihi. Harap-harap dapat jumpa kamu lagi. Amin. And i hope that our friendship will never end no matter what happen.
Huwaaaa rindunyaaa sekolah menengah. Rindu semuanyaaaaaaaaaaaa hmmmmmm :'(
Credit to Mr.Google


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ziera Mustapha✨ , Blogger