February 06, 2014

Adakah anda salah satunya?

Hi. Assalamualaikum uols.


So uhmmmm yeah. "When you're happy, you enjoy the music but when you're sad, you understand the lyrics". Apa kaitan gambar di atas dengan tajuk entri hari ini? Well said hari ni aku mahu kongsikan jenis-jenis orang yang aku 'kurang senang' dengan perangai mereka. 

Maybe it's sounds too sarcastic but this is my opinion. 

Bukan mahu judge orang suka hati aku tapi sama-samalah perbaiki kesilapan diri. Ya aku tahu tiada manusia sempurna. Semua pernah buat salah. Mungkin akupun salah satu daripadanya. Siapa tahu kan?

Orang yang suka menabur janji manis.
Bagi aku, aku tidak suka orang yang hanya pandai menabur janji manis tetapi tidak pernah akan menunaikannya. Orang yang begini haruslah diberi pengajaran yang sewajarnya agar sedar sebelum lebih ramai lagi yang 'terkena' dengan perbuatan manusia sedemikian rupa. Jujur aku benci perangai tersebut.

Orang yang ingin menjadi hero atau heroin
Hero atau heroin? Heh? Maksud? Haha rilek. Maksud aku dalam keadaan yang amat genting, adalah munculnya seorang hero atau heroin. Kenapa aku cakap begini? Iyalah kalau jadi hero atau heroin pasti nama akan selalu disebut. Memang bagus jadi hero atau heroin tapi alangkah bagusnya kalau buat kerja beramai-ramai. Apalah salahnya bawa orang lain juga kan? kerejasama itukan penting. 

Orang yang hanya tahu komplain
Orang yang hanya tahu komplain kerja orang. Kalau boleh, serahkan ja kerja tu kepada orang yang selalu komplain itulah inilah. Masalahnyakan mungkin orang yang komplain tu fikir kerja tu senang, cuba rasa dahulu apa yang orang tu rasa? Apa yang orang tu alami? Senangkah? 

Orang yang tidak pernah fikirkan perasaan orang lain
Hah orang yang begini ni susah. Fikir apa yang dia buat tu semuanya betul. Tak pernah fikir perasaan orang lain yknow haha. Hebat ah mu ni. Contohnya, 
si A : Ew kau fikir kau tu terer sangatkah? Oh pleaselah!
si B : Hmmmmmmm :'(
See? Kita tak tahukan apa yang dia rasa? Mungkin ada sesetengah orang cakap "ohhh fineeeeeeeee. hahahahaahha" siap ketawa lagi. Siapa tahu dalam hati dia terkesan sampai nak mampus. Hati-hati dengan perkataan kita lepas ni. Risau-risau boleh menyebabkan orang lain terasa dengan kita. 

Orang yang hanya tahu cakap belakang
Aku rasa ramai dalam kalangan kita yang jadi 'backstabber' kan? Biasalah tu, lumrah kehidupan. Tapi, aku memang tidak sangka kalau.............. ah lupakan. Haha.. Kalau boleh kita harus elakkan perkara ini? Kenapa? Kerana perkara ini pasti akan menimbulkan pertengkaran apabila orang yang kita 'backstab' mengetahui kebenarannya. Iyalah siapa yang tak panas kan? 

Jujur kadang-kadang, orang-orang yang di atas tu membuatkan aku sedih, jiwa kacau dan kecewa. Semua orang pun pasti pernah melaluinya. Tapi kenapa harus kita biarkan perkara tersebut menghancurkan diri kita sendiri? Kadang-kadang cara yang paling sesuai adalah dengan mengabaikan semua perkara tersebut. 

well said. This is me right now.

Kbye.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ziera Mustapha✨ , Blogger