December 24, 2013

I'm free from highschool!

Assalamualaikum. Hai uols. Lama sudah aku tidak tulis entry ni. Sebenarnya ini bukan blog baru aku. Ini adalah blog lama aku yang telah direnovatekan. Hahahaa. Malaslah mau buat blog baru hihi. Lagipun sayang kan blog lama ni. 

Wohooooo akhirnya setelah penat belajar selama 5 tahun di MRSM Kota Kinabalu, tamatlah sudah zaman sekolah menengah hehe. Senior aku cakap "nanti kau rindu juga tu zaman sekolah menengah" hmmmmmm aku rasa betul juga cakap dia tu. Tapi life must go on. Takkanlah kita kekal di situ sahajakan? Insyaallah kita jumpa juga tu balik dengan kawan-kawan. Keputusan spm pula bulan 3 nanti. Waduh-waduh gue risau deh. Hmmmmmmmm harap-harap keputusan spm aku gempak ahh amin..

Lima tahun di MRSM memang bawa seribu kenangan pahit dan manis untuk aku. Aku masih ingat lagi, ketika berada dalam tingkatan 1, aku dan roomate aku iaitu ayuni, senior form 5 aku cakap kami kembar. Hahahaha. Ada satu rahsia yang orang tak tahu hanya roomate aku ja tahu yang aku ada crush sama Mr.President time bwp 08/09. Hahahaha.. saiful amri namanya. Tapi kejap ja lah. Hahahaha. Biasalah tu junior minat senior en? Hahahaha.

Tingkatan 2, hmmmm. Mencabar juga. Sebab aku masih ingat ada juga orang tak suka aku. Jeles kot hahahahahaha jk. Well, haters gonna hate kan? Haha. Time form 2 juga baru aku rasa aku ada kawan yang memahami aku. Aippp baru memahami okay. Bukan betul-betul memahami aku haha. Biasalah tu, budak-budak masihkan.

Tingkatan 3, aku rasa tahun paling best bagi aku. Tahun ni tahun aku pmr. Syukur alhamdulillah aku dapat 8A. Tahun ni juga aku dan classmates aku rapat. Rapat betul kami. Aku ingat lagi, lepas pmr kami satu kelas keluar pergi Perdana Park. Ya Allah bestnya time tu. Semua macam budak-budak. Tak kisah sudah apa orang sana pandang. Main gila-gila sama-sama. Macam orang baru bebas. Hahaha.. ya Allah rindu :(

Tingkatan 4. Hmmm tahun kejatuhan aku. Terutama semester 2. Hahahaha. Pointer aku bukanlah boleh dibanggakan sangat. 3.5 pun tidak. Hmmm apalah aku ni. Tapi yang bestnya tahun ni, aku jadi bwp. Hahahahaha.. best! Seriously, aku suka jadi bwp. Banyak yang aku dapat, yang aku pelajari dan yang aku rasai menjadi bwp ni. Memang sibuklah juga tapi haha lain kali kalau mahu jadi begini lagi, tolong urus masa okay ziera!!!! Satu lagi, yang bestnya jadi bwp ini adalah ada masa juga mahu sama-sama cinta. Ahaks. Al-maklumlah lain kelas sudah hmm.. eh eh eh kami tak dating okay di bilik gerakan. Jangan salah faham. Haha.. ada pun time ramai orang. Tu pun sekali, dua kali, tiga kali. Hahahaha time form 4 ni pun yang bestnya ialah selalu "fly" ke semenanjung. Haha.. aku ingat lagi teacher nuruliani cakap begini sama aku "aktif tu boleh, tapi janganlah sampai selalu tinggal kelas" hahaha sebab dalam sebulan tu mungkin 2 kali ja aku ikut kelas dia. Patutlah chemist aku hangkang. Selalu tinggal time form 4. Hmmm

Tingkatan 5. Jujur tahun ni tahun paling banyak aku nangis. Terutama pasal cinta aku haha. Mahu tahu kenapa? Tunggulah next entry ahaks. Tahun ni aku baru rasa apa itu sebenarnya sahabat. Aku bersyukur dianugerahkan kawan macam muni, jehan, wani, hannah, syahirah, fazira, rozzairah dan raaaamai lagi. Doranglah yang hiburkan aku. Dorang layan kerenah aku. Dorang dengar tangisan aku. Dorang dengar luahan aku. Dorang tolong aku. Dorang nasihat aku. Dorang merajuk sama aku. Dorang marah aku. Dorang tahan sikap aku. Dorang sayang aku. Ya Allah aku sayang mereka. Hmmmm.. tahun ni juga aku duduki peperiksaan spm. Tahun ni juga aku........ tapi tahun 2013 adalah tahun kedua best selepas tahun 2011. Aku harus bersikap matang, tapi comel ahaks. aku sangat menghargai setiap detik aku berada di MRSM. 

Aku harap lepasni kehidupan aku akan lebih baik daripada dahulu. Amin. Tidak sabar rasanya aku mahu menjejakkan kaki ke universiti. Hehe. Baiklah sampai sini sahaja dahulu. Byeeeeee. Sekian. 

Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Ziera Mustapha✨ , Blogger